Tuesday, April 5, 2011

Perkara yang JANGAN dilakukan selepas makan


Assalamualaikum...


Biasanya apa yang kita buat selepas makan ye?? Kalau saya lepas je makan memang kelam kabut. Nak buat itu, nak buat ini. Tapi sedar tak kita apa yang kita buat selepas makan mempegaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita? 
Dekat bawah ni ada perkara yang tidak perlu dilakukan selepas makan, jika ada diantaranya anda buat sila berhenti sekarang! Tak sayang diri sendiri ke?=)



Makan Buah


Sedapnya buah epal ni kan?? Biasanya ramai orang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Sebenarnya tanggapan itu salah ye tuan-tuan dan puan-puan. Sebabnya, makan buah selepas makan menyebabkan perut kita kembung kerana banyak air. Kalau nak makan buah, makan 1jam sebelum makan atau 2jam selepas makan.


 
Minum Teh
Asid yang terkandung dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan segera mengeras. Menyebabkan makanan yang kita makan tu susah nak dicernakan. Sebab tu la kalau orang yang terkena keracunan makanan atau cirit birit selalunya kalau tak pergi jumpa doktor dieorang akan minum teh pekat. Jadi selepas makan lebih elok minum air putih sahaja.



Mandi
Sekiranya mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan badan akan meningkat, manakala jumlah darah di kawasan perut dan sekitarnya akan menurun. Ini akan melemahkan sistem pencernaan perut kita. Sebab tu la ada orang cakap, mandi dulu sebelum makan, nanti perut buncit!



Banyak Berjalan
Jangan berjalan terlalu banyak selepas makan! Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. 



Tidur
Jangan tidur selepas makan. Ini kerana makanan yang kita makan tu tidak dapat dicernakan dengan baik oleh sistem penghadaman ketika kita tidur. Kesian perut kita tau..



Bersenam
Bersenam memang baik untuk kesihatan dan diet. Tapi lepas makan tak boleh bersenam, sebabnya kalau kita buat aktiviti riadah secara drastik selepas makan, sistem pencernaan kita tak boleh berfungsi dengan baik. Nanti sakit perut awak gak yang susah..huhu








p/s : asyik cerita pasal sistem pencernaan je..macam pakar kesihatan dah haku nihh..ahaha..tapi pengetahuan yang baik harus dikongsi bersama bukan??=)





2 comments:

  1. uyohh. semue ni saye buat kot lepas makan. patutlah cepat gemokk. oh tidak.

    ReplyDelete
  2. kalau mcm tu, lps ni jg bt lagi keyhhh...hehe

    ReplyDelete