Thursday, April 21, 2011

Doa Menghilangkan Marah



" Ya Allah! Ampunilah Bagiku Dosaku, keluarkanlah kemarahan daripada hatiku dan lindungilah aku daripada syaitan ".






Pengajaran Doa :
  1. Satu hari, Rasulullah telah masuk ke dalam rumah dan mendapati isterinya A'isyah dalam keadaan marah. Baginda memegang rambut A'isyah dan mengajaknya membaca doa diatas. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Sunni, no: 457 dengan sanad yang hasan.
  2. Antara kelemahan manusia adalah sifat marah. Syaitan suka menghasut manusia agar marah kerana dengan kemarahan, banyak keburukan yang berlaku khasnya perlanggaran terhadap hukum dan etika yang digariskan oleh Islam.
  3. Demikian juga apabila kita mendapati ahli keluarga atau rakan dalam keadaan marah, ajaklah dia membaca doa diatas sebagaimana Rasulullah mengajak isterinya.
  4. Jika kita marah, maka bacalah doa diatas agar Allah mengampunkan dosa kita, mengeluarkan atau menghalau kemarahan dari hati kita agar dipelihara daripada hasutan dan gangguan syaitan.





p/s : tenang....



 
 



4 comments: